Saturday, October 31, 2009

Bengkel SEKKOP 123..

Khamis lepas aku menghadiri kursus koperasi sekolah anjuran ANGKASA iaitu Bengkel SEKKOP 123..SEKKOP ni sistem untuk koperasi sekolah..Aku pergi bersama sorg kwn aku dgn menaiki keta aku..Kursus ni diadakan di Orient Star Resort, Lumut selama 3 hari 2 malam...Overall, mkn (6 kali sehari) dan tmpt tdo mmg best tp masa kursus aku dan kwn aku masing2 blur sbb kami org baru..Plak tu kursus tu utk sesi penutupan akaun..Dengan kami yg masing2 bkn org akaun mmg la tak tahu pe2..Orang lain sibuk tutup akaun guna system tu..Aku dan kwn aku dok mengular layan internet..huhu..Sapa suh lantik org baru pgg jwtan atas trus?..Aku dan kwn aku bengang gak bila jadi camni..Baru sebulan lantik kami trus suh pegi kursus yg melibatkan akaun thn2 lepas..Mana la kami nak tau, bkn kami yang buat..Patutnyer orang lama la yang pegi..Pepun, kami pulang kosong je..Tak wat apa..huahua..Tak tau la apa nak jadi..




Orient Star Resort, LumutDepan kolam renang resort

Sementara menunggu sunset..

Sunset..Tangkap guna hset je..hset tak canggih

Monday, October 26, 2009

Percutian di Kota Kinabalu, Sabah

Pada 23 october 2009 hingga 25 oktober 2009, aku dan kawan2 aku (zue, ami, puteri, nurul,dan fida) pegi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Ini merupakan percutian kali ketiga utk kelab cuti2 Malaysia kami..haha..Tetapi cuma aku dan zue saje ahli yg kekal mengikuti percutian ini..Ahli2 lain dh berubah2..Penerbangan dr KL - Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam setengah. Kira puas la dok atas flight.

Aku malas nak tulis panjang2..layan jela gambar2 di bwh..





Next Destination maybe Terengganu or Sarawak..

Wednesday, October 21, 2009

Peristiwa Hari ini

Hari ni time waktu skola aku meminta kebenaran pengetua utk keluar ke bank sekejap untuk bank in duit koperasi sekolah. Maklum la aku ni penolong bendahari. Aku pergi bersama sorg cikgu (kak z) yang merupakan bendahari koperasi. Aku ajak dia skali sebab takut gak pi sorg2 ngn membawa duit lbh dari 5000 ringgit. Satu beg aku bawa sbb banyak duit seringgit2. Sampai di bank aku pi la masuk menyelesaikan urusan. Sementara kak z dok cr parking keta. Puyer la lama aku tggu org tu dok kira duit tu. Setelah selesai, aku lihat kak z tgh sembang ngan pakcik jaga bank. Aku pun menghampiri la mereka, tiba-tiba:

Pakcik jaga: Kamu blajar mana? (Taye pada aku)

Aku: Erk..saya?..saya cikgu.

Pakcik jaga: Cikgu?

Aku: Ye, sama2 ngan dia..Satu sekolah.

Pakcik tu dok wat muka tak percaya. Yela, aku plak time tu pkai sport attire. Mmg tak nmpk cm cikgu la pon. Pastu kak z menyatakan ‘ye, sm2 cikgu’.

Pakcik jaga: oh yeke, nmpk mcm blajar lg.. muda bnor..bla..bla..(terus membebel)

Yela pakcik muda la sgt..Cuba taye umur aku bape.konpem tak caye...haha..

Monday, October 12, 2009

.......?

Saturday, October 10, 2009

Persoalan Hati ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Tetapkanlah kemesraan kami,
Agar kebahagian ini kekal abadi…

Dan Tuhanku…
Seiringkanlah hati kami utk mengharungi
Hidup yg luas ini ketepian sejahtera,
Tetapi Tuhan Yg Maha Pengasih…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dr pandanganku,
Luputkanlah dia dr ingatanku,
Dan peliharalah aku dr kecewa.

Serta Tuhan Yg Maha Mengerti...
Berilah aku kekuatan,
Melontar bayangnya ke dada langit,
Hilang bersama mega merah dan gelap pekat awan,
Agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa dirinya.

amin......

Aku tak mahu kecewa lagi..

Friday, October 9, 2009

Relaks Otak

Hari ni aku cuti rehat...saje merehatkan diri dan otak dari keje2 skolah..
Semalam aku mengajar topik stress dan konflik untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tingkatan 4..Last2 aku yg rs stress smpi aku cuti ari ni..haha
MyEm0.Com
Tak sabar nak pegi bercuti di Sabah

Thursday, October 1, 2009

Mulut takde insurans...

Sejak akhir2 ni ada je org yg nk menyakitkan hati aku..yg paling aku tk phm skali org yg tkde kaitan ngn aku dan tak knal aku pon nk menyakitkan ati aku...mulut laser tanpa insurans plak tu..kutuk2 dan maki2 aku tanpa sebab..macam la dia tu bagus sgt..menyampah lagi ada la aku tgk..agaknyer tgh mereng la tu..nak mengata org tu lbh2 tp dia tu ada kaitan ngan kwn aku..Tapi pepun aku menyampah ngan org yang mulut /&*%#$@ camtu..

Kadang-kadang kita rs kita terlalu percayakan kawan kita..Sampaikan kita kongsi segala mslh dan segala cerita pada dia..Sebab kita percaya dia bleh simpan rahsia kita..Tapi dalam diam disampaikan pada org lain..camne tu?..erm

ok..end..

Harap kat skola aku tu posting la sorg cikgu pmpn kos sains sukan...Aku tak mau ajor PJ lagi next year..huahua

Sunday, September 27, 2009

Cuti dah abis..

Esok kembali ke sekolah...
Cuti seminggu rasa kejap je..Tak puas...haha
Buka sekolah ni jadual aku kembali pack la..Sebabnye guru2 praktikal yang amik kelas aku dh tamat praktikal..huhu..
Malam ni kena prepare utk ngajar sok..erm..aku pon dah lupa jadual aku sok..
Sok aku ngajar kelas mana ek..adoi!!
Jadual sume tggal kat skola..

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan2 aku dan yang mengenali diri ini...Maaf Zahir dan Batin..

Align Center

Raya kali ni, aku dgn new style and new look..:)